Fitrah manusia, akan tertarik kepada yang berlawanan jenis, berlainan gender. *oh, tapi ada yang tak kan? hihi* Harini aku nak cakap pasal lelaki dan perempuan. Ayat yang kita selalu dengar pempuan cakap adalah "lelaki, semua sama je." betul tak? betul kan? And adakah kaum lelaki tahu kenapa pempuan cakap macam tu? Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang. Sebab memang betul pun. Ayat ni bukan bermaksud yang semua pempuan tak sama, sebab kita tahu Allah ciptakan lelaki dan perempuan tu memang dengan distinct character, supaya kita tahu yang mana pempuan, yang mana lelaki. Tapi jarang kita dengar ayat "perempuan semua sama" kan?
Aku nak tanya, pempuan akan cakap ayat "semua laki sama je" tu pada situasi apa je? Bila boyfriend dia bagi bunga? Nope. Bila boyfriend dia belanja handbag? Nope. Bila boyfriend dia duk tenung pempuan sexy? Yes. Bila boyfriend dia cheat? Yes. (Okay, tak kesahlah boyfriend ke, suami ke). So conclusion nya adalah, ayat tu hanya akan keluar bila kaum XY ni buat perangai. Bila dia baik and romantic semua, takde pulak pempuan cakap kan? Apa yang korang nampak kat sini? Fikir.
Let's say sorang laki bagi chocolate and roses or tak kesah la hadiah apa pun dekat awek dia on her birthday, tetiba awek dia cakap "awhhh, semua laki sama je.." Mesti pelik kan? Apa yang laki tu akan fikir? "Semua laki bagi hadiah yang sama ke kat awek dia time birthday?" Hahahaha ye ke macam tu? Pepandai je aku kan. Tapi nak cakap nye lah, ayat tu tak penah membawa maksud yang baik kan? Alah, aku macam lost of words lah. Macam tak sampai lagi apa benda yang aku nak cakap ni. Aishhhh. Apa eh. Paham tak apa yang aku nak sampaikan? Aku rasa pempuan cuma akan pikir laki ni semua sama bila diorang shows their true self. Bila dia tunjukkan yang fitrah dia ni memang suka kepada kaum hawa, nak-nak yang cun kan. Bila dia pilih soccer over bergayut dengan awek. That's when we thought that you guys are just the same! Haa! Tu la apa aku nak cakap. Hehehe.
Okay, so sekarang aku akan cuba counter balik apa yang aku cakap tadi. Actually, lelaki harus tau yang sebenarnya pempuan ni memang bersifat penganalisa. Sebab tu dia boleh cakap semua laki sama, sebab dia dah analized ciri-ciri lelaki ni. Bagus apa, toksah susah-susah nak explain yourself, pempuan dah tau dah. Tengok muka, cara cakap, cara makan, dah boleh tau awak tu macam mana. Cewah, Kim Possible ke apa, heh. Buktinya, takyah cari jauh-jauh, tengok lah mak-mak korang, "Mak tengok anak Cik Limah depan rumah tu baik budaknye, hormat orang tua." "Adik, jangan kawan lah dengan budak Atan tu, perangai macam apa." Memang penganalisa kan mak-mak kita? Itu baru cerita pasal orang, belum barang. "Kain gini tak sesuai buat baju kurung, panas." "Eh nak beli ikan tengok mata dia dulu..." and so on. Punya lah analisa kan. Jadi, memang kaum XX begitu. So pempuan pun ada typical traits nye jugak. Boleh je nak cakap "pempuan, biasa lah..." Kan? Tapi bezanya, ayat tu bukan ditujukan pada traits yang negative.
Before this aku pernah baca buku Mars and Venus, yang popular tu. The author really pointed out distinct characteristics in both genders, mostly in terms of communication. And lepas baca buku tu, aku pun dok la perati mak dengan ayah aku. Hah, memang sama! Amazed kejap. How men and women respond to the exact same situation really differs a lot! Nak cerita kat sini panjang sangat. Korang cari lah ye buku tu. And I guess before getting married, bagus baca buku tu, it may help you to prepare yourself to face difficult situations (bajet aku dah kawen jek :P). Okay sebelum aku merapu ke topik akad nikah pulak better stop sekarang.
Bukan pempuan je cakap, Kim Jong Kook the Commander pun setuju.