Malam tadi aku masak sup ayam. Memang totally ayam and kentang je la dalam sup tu. Hahaha. Untuk makan sendiri pun malas aku ni., apa nak jadi lah. Ini semua gara-gara PBL yang tak siap lagi, dan kerana Ujian Integrasi. *tiba-tiba postpone pulak kan exam. pffffft*
So harini aku panaskan je sup yang lebih tu untuk breakfast. Ya, aku kat sini breakfast pun makan heavy meal. Around pukul 8.30 pagi dah makan nasi dah. Berat tak naik lagi? Ha, ni yang nak bagitau ni, I gained 2 kilos already! Yeay!
Buat pengetahuan semua, oh, semua orang dah tau kot, aku ni memang amatlah susah nak gain weight. Kalau perempuan-perempuan di luar sana sibuk nak kuruskan badan dan ingin makan sepuasnya tanpa menghiraukan berat badan, lain pulak ceritanya dengan aku. Nak naik berat badan punya lah susah, tapi bila dah naik, cepat sungguh turunnya. Susah nak maintain. Fuhh, ramai orang nak camtu kan? Itu lah manusia, tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Ok lah, alhamdulillah berat aku dah naik 2 kilo. Of course la still underweight, tapi aku tak menderita malnutrisi energi protein mahupun gizi buruk ya, teman-teman.
Jadi itu lah dia kisah sup ayam dan 2 kilos weight gain aku. Tak berkaitan pun antara dua tu sebenarnya. Bukan sup ayam yang menaikkan berat badan aku, haha :D
No comments:
Post a Comment