Salam semua, it has been awhile!
I am so busy these days that I found myself went to bed early, where it is unusual for me. So apa yang nak ditulis hari ni? Ya, pasti hal dunia lagi.
Few days ago, dua orang junior datang visit rumah aku, after Maghrib we had a little chat. Sisters' bonding time? Sort of. Well honestly aku bukanlah seorang kakak yang penuh dengan kualiti penyayang and whatnot, tapi somehow bila adik2 cerita pasal what they are facing now, aku terus rasa macam "It's okay, I feel you. I feel you." Okay, aku bukan nak bukak aib junior aku ke apa eh, tapi dari banyak2 cerita yang kitorang borakkan haritu, what I'm going to write today is something that most of us has came across: How people judge others, rather than him/herself.
Alright let's go!
Since kita masuk tadika lagi, or even earlier, kita dah start ada kawan. Ada macam2 jenis kawan, yang kaki buli, yang pendiam teramat sangat, yang suka mengadu kat cikgu kalau kawan sebelah tak siap homework, yang suka ambik makanan bekal orang, macam2 kan? Tu sekolah rendah, naik sekolah menengah, lain pulak pesennye. Ada yang nak kawan dengan set2 cool je, set2 athlete je, ada set2 genius walaupun tak study hard pun, dan sebagainya. Dari banyak2 kawan ni, mesti ada yang kita suka dan yang kita tak suka. Ada jugak masa yang kita tak suka orang tu without a reason, "entah, tengok dia pun aku rasa menyampah. Padahal dia tak buat apa2 pun kat aku." Haaa tu diaaa. Kawan yang tak berapa nak baik akan cakap macam ni kat kita, "alah, entah2 orang lain pun rasa mcm tu kat ko. hahaha." Dah ketepek kena kat muka tu kan.
So, apa kata mula dari hari ni kita jangan sibuk nak benci orang, tak suka kat orang. Mudah sangat nak judge orang, pastu tak suka kat dia. "Orang macam dia tu tak layak disukai pon." Ehh, siapa kita untuk menilai? Cuba tanya soalan kat diri sendiri, "semua orang suka kita ke? Kita layak ke untuk disukai?" Mungkin ada antara kita yang fikir "takpe lah kalau ada orang tak suka aku pon, sebab aku pun ada jugak tak suka orang." Haishh, kalau macam tu, awak tu pun sama taraf jelah dengan orang yang awak tak suka tu, entah2 worse. Awak sibuk sangat tak suka kat dia, rupanya awaklah the only person yang tak suka dia, orang lain semua suka dia. Dan boleh jadi lebih ramai yang tak suka awak.
Point hari ni adalah, kalau orang buat tak baik kat kita pun, janganlah kita benci dia. Selalu orang akan ada revenge bila someone buat tak baik kat dia. "Aku nak balas balik apa yang dia buat kat aku." So, apa bezanya awak dengan dia? Sama je lah. Layak la korang berdua untuk tidak disukai. Betul tak? Kita sepatutnya jadi lebih baik dari dia, sampai dia nampak yang kita ni memang jauh lebih bagus dari dia, dan siapa tahu nanti dia pun jadi baik. Tak semena-mena kita dah kurangkan dosa dan tambah pahala, tak gitu?
Jangan sibuk nak kritik orang, kritik diri sendiri dulu. Apa yang belum cukup, apa yang perlu diperbaiki? Buang masa je duk kritik orang, lebih baik makan dan tido. (ehh?)